fb fb fb fb fb

Poster bantuan RM1,500 sempena Aidiladha palsu - Fahmi

(Foto FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500 adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi akaun Facebook.

"Ini sebaran palsu, harap maklum," katanya ringkas.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Khamis, 29 Jun ini.

(Foto FB Fahmi Fadzil)

Media Baharu