AYER KEROH, 25 Jun- Penganjuran program Battle of The Band, Tentera Darat Malaysia menjadi platform untuk anggota berkarya dan mengetengahkan idea seni mereka.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, acara seperti ini juga adalah bertujuan untuk pemantapan sosial dan peningkatan moral anggota terlibat.
"Walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa. Mereka di sini berpuas hati dengan apa yang merka telah lakukan.
"Hadiaah bukan satu perkara yang diutamakan, tetapi apa yang penting adalah mereka berjaya mengetengahkan karya seni mereka," katanya selepas Pertandingan Akhir Battle of The Band di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.
Penganjuran kali ke-4 BOTB itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat Malaysia ke-90 .
Mengulas lanjut katanya, Mohammad berharap acara sosial seperti itu bakal mendapat sambutan yang lebih meriah dalam kalangan anggota bagi tujuan mengetengahkan bakat seni mereka.
Sementara itu, tuan rumah BOTB, D’Parawood, 10 Briged Para memenangi acara Pertandingan Kumpulan Band Dari Formasi.
Panglima 10 Briged Para Mejar Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal berkata, "kejohanan itu adalah satu pencapaian yang membanggakan walaupun mengambil masa hanya sebulan untuk menyiapkan lagu yang mereka bawakan.
"Mesej yang kita ingin sampaikan kepada masyarakat luar ialah askar pun serba boleh. Kita bukan sahaja boleh bertempur, tetapi mempunyai pelbagai cabang dan bahagian.
"Muzik juga digunkaan sebagai menjada aspek sosial mereka selain menjada aspek kebajikan dan meningkatkan moral sebagai anggota tentera," katanya kepada pemberita.
Menurut Pegawai Waran II Azrul Hafiz Jamaludin, beliau berbangga lagu hasil nukilannya itu berjaya mendapat tempat pertama pertandingan itu.
"Untuk penghasilan musik, saya akan berbincang dengan semua ahli band saya, sebab semua ini tidak akan terjadi tanpa kerjasama dalam satu pasukan. Kita cuba untuk ,emjiwai untuk dapatkan jiwa patriotik Malaysia ini," katanya.
D’Parawood mengalahkan Stallion Quatrd daripada 4 Divisyen yang berada di tempat ke-2 dan N’Separang daripada 5 Divisyen di tempat ke-3.
(Mohammad Ab Rahman)