fb fb fb fb fb

SLDN sesuai dijadikan kaedah latihan TVET

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 30 Mei - Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) perlu dijadikan sebagai kaedah latihan dalam Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET).

Ini diyakini bakal memberikan peluang kepada pelajar mengikuti latihan praktikal industri sehingga 80 peratus manakala pembelajaran teori 20 peratus di institusi latihan kemahiran.

Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zaini Ujang berkata pelaksanaan SLDN perlu diperkasa dalam usaha mencapai sasaran mewujudkan 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030.

(Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zaini Ujang)

"Pada tahun 2023, program SLDN diperkukuhkan dengan peruntukan RM50 juta untuk manfaat khusus industri kecil dan sederhana (SME) dalam pelaksanaan latihan kemahiran yang melibatkan lebih 8,000 orang perantis.

"Kita mensasarkan sejumlah 50,000 orang graduan SLDN lagi akan berjaya dihasilkan sehingga tahun 2026," katanya ketika berucap bagi pihak Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar pada majlis perasmian seminar Memperkasa Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui penglibatan badan peneraju industri, di sini.

Tambah Zaini, pelaksanaan SLDN amat signifikan dalam memastikan padanan antara penawaran dengan permintaan bagi membantu institusi TVET menyediakan kursus berteras industri berteknologi tinggi berdasarkan kehendak industri.

Media Baharu