fb fb fb fb fb

SKM salur bantuan bernilai RM246,000 kepada FKPPMB

Foto FB KUSKOP

KUALA LUMPUR, 23 April- Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad (FKPPMB) menerima bantuan berjumlah RM246,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bantuan itu disalurkan menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) termasuk pembelian sebuah lori berkapasiti 7.5 tan bernilai RM151,000.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, bantuan tersebut dapat memudahkan penghantaran barangan keperluan kepada rangkaian pusat pengedaran dan Coop Mart di Semenanjung Malaysia.

Pihaknya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sentiasa komited dalam memastikan gerakan koperasi terus bersaing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi anggota.

"Bantuan kepada FKPPMB iaitu satu lori 7.5 tan sebagai bantuan kepada pemborong untuk hantar barang."

"Saya ucapkan terima kasih lah kepada SKM dan juga FKPPMB yang akan tolong membangunkan koperasi di Malaysia," kata Ramanan kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri SKM.

Ramanan turut merasmikan Peluncuran Podcast Oh! Gitu merupakan satu platform interaktif bual bicara yang mengupas persoalan-persoalan ekosistem koperasi atau isu-isu semasa gerakan koperasi.

Podcast Oh! Gitu itu akan mula bersiaran pada 10 Mei 2024 (Jumaat) secara berkala di media sosial SKM.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM