fb fb fb fb fb

SKM lancar Kebun Koperasi Keluarga Malaysia, Kobuniti Agro Park

(Tan Sri Noh Omar ditemu bual media selepas melancarkan Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan
KOBUNITI Agro Park di Shah Alam, Selangor) 

SHAH ALAM, 21 Ogos - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Selangor mengambil inisiatif melancarkan Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan Kobuniti Agro Park bagi menggalakkan ahli koperasi dan Keluarga Malaysia menceburi bidang pertanian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata program ini memfokuskan golongan B40 dalam menjana pendapatan, di samping menjamin pengeluaran makanan yang mampan.

Menurut beliau, selain merangsang pembangunan usahawan pertanian, program ini secara tidak langsung dapat memerangi penglibatan orang tengah.

"Ia dapat membantu golongan B40 supaya terlibat dalam urban farming (pertanian bandar), jika konsep ini berjaya, sekurang-kurangnya kita dapat melihat pertanian dalam bandar, berapa harga sebenarnya, ambil di ladang berapa harga, bila cili sampai di pasar berapa harga, kita boleh nampak, berapa kenaikan harga," kata beliau kepada media selepas pelancaran Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park, di sini hari ini.


(Tan Sri Noh Omar melancarkan Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan KOBUNITI Agro Park 
sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor)

Tapak tanaman kontan akan disediakan bagi golongan ASNAF dan B40 untuk diusahakan dan kawasan tanah yang disediakan berbentuk plot seluas 200 kaki persegi.

Syarikat swasta, agensi kerajaan yang menyewa plot ini, seterusnya boleh memberikan plot ini untuk diusahakan golongan B40 dalam menjalankan aktiviti pertanian.

Hasil tanaman ini boleh dikongsi bersama atau diberikan kepada golongan B40 tersebut sebagai punca pendapatan dengan penjualan hasil tanaman.

Media Baharu