fb fb fb fb fb

Program keusahawanan komuniti bantu golongan B40

(Foto aktiviti penduduk tempatan di Kampung Budaya Terengganu)

KUALA NERUS, 21 Ogos- Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi meningkatkan ekonomi kumpulan B40, tidak ketinggalan usaha yang dilakukan sekumpulan penduduk di sekitar Kuala Nerus, Terengganu sebagai menjana serta meningkatkan pendapatan mereka.

Program Keusahawanan Komuniti Perintis ini adalah inisiatif yang dilakukan sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bermula tahun ini empat buah kampung di dua buah daerah Kuala Nerus digerakan secara berfasa melibatkan bidang pertanian dan penternakan secara berkelompok.

Jelas Ketua Penyelidik dan Pensyarah Kanan, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT, Doktor Norhayati Ab. Manaf, antara projek berkenan adalah digerakkan melalui dana Skim Geran Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi-KTAGS 2021 dengan mengikuti siri kursus dianjurkan UMT, sejak tahun lepas.

Menurut Dr Norhayati, "Kita bermula daripada bulan satu tahun ini dengan memberikan penerangan kepada komuniti dan wakil komuniti. Kita buat penetapan, penentutan lokasi dekat mana kita nak buat."

Projek pertanian dan penternakan berkelompok untuk golongan B40 ini dilakukan dengan perbincangan sebelum dilaksanakan.

Menurut beliau antara projek yang bakal dilaksanakan adalah tanaman sayuran menerusi teknik fertigasi dan akuakultur.

Sementara itu, projek dengan kerjasama Jabatan Pertanian Kuala Nerus serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menyaksikan peserta yang terlibat mula merasai hasil tuaian pertama mereka sejak minggu lepas.

Projek pemindahan ilmu Cendawan Tiram Kelabu merupakan yang terbaharu dimulakan kepada 10 orang peserta dari komuniti Kampung Mengabang Telung, di Batu Rakit Kuala Nerus.

(Foto hiasan cendawan tiram)

Jelas Mustafa Yusof, Ketua Peserta Projek Cendawan Kampung Mengabang Telung, "Selang dalam masa empat hari, kita dah dapat hasilnya, dan maklumat ini akan dikongsi bersama.

"Kebanyak peralatan ini kita pinjam daripada masjid.

"Jadi secara tidak langsung, masjid juga dapat membantu projek pilot ini sebelum dibuka kepada komuniti setempat." Tambahnya.

Pada peringkat permulaan ini sebanyak 2,000 bongkah cendawan dibeli daripada pengusaha cendawan tempatan telah disusun rapi dan ditempatkan di dalam sebuah bangsal tertutup, berhampiran balai raya kampung tersebut.

Dimaklumkan, hasil tuaian daripada projek ini telah mendapat tempahan di peringkat pasaran komuniti setempat dengan jualan cendawan tiram kelabu ini adalah sekitar RM16 sekilogram.

Media Baharu