BUTTERWORTH, 9 November - Perkhidmatan tren di Stesen Butterworth kembali beroperasi sepenuhnya selepas selesai kerja-kerja pengalihan tren enam gerabak yang tergelincir, semalam.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, insiden berlaku apabila komuter berkenaan, terbabas di hujung landasan Platform 4, Stesen Butterworth, pada pukul 6.01 pagi.
Perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai 7.51 malam.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana insiden melibatkan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan operasi harian.