fb fb fb fb fb

JKNJ merancang untuk mewujudkan hab kesihatan di seluruh Johor

(Kanak-kanak yang menyertai aktiviti Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Batu Pahat, Johor)

BATU PAHAT, 21 Ogos- Dalam usaha meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), merancang untuk mewujudkan Hab Kesihatan di semua daerah di negeri itu.

Bagaimanapun cadangan tersebut bergantung kepada keberkesanan Hab Kesihatan pertama di Batu Pahat, yang mula beroperasi sejak Januari tahun lalu.

Dalam masa sama menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, pihak JKNJ turut menantikan peruntukan baharu daripada Kementerian Kesihatan bagi merealisasikan hasrat penubuhan hab kesihatan yang lain.

Ling Tian Soon turut menambah, "Hab kesihatan ini bukan sahaja kita adakan konsultasi tetapi, kita juga ada peralatan untuk bersukan, penempatan pegawai di sini juga berfungsi sebagai pemberi nasihat ataupun memberi tunjuk ajar cara bersenam yang betul."

Beliau ditemui semasa program Karnival Sihat jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), di Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti dianjurkan bersempena dengan karnival berkenaan termasuk Aerobikton, Sukan Rakyat, Saringan Kesihatan dan demo masakan sihat.

Rata-rata pengunjung yang hadir berpendapat ANMS ini dapat dikembangkan ke seluruh Malaysia terutama di kawan yang sukar mendapat pendedahan program kerajaan dan kementerian kesihatan.

(Ling Tian Soon,Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor ketika ditemui pemberita RTM)

Media Baharu