fb fb fb fb fb

PJKM Terengganu catat jumlah jualan melebihi RM10 juta

(Pembeli sedang membeli barangan di Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM))

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos- Program Jualan Keluarga Malaysia, PJKM di Terengganu merekodkan jumlah jualan lebih RM10 juta sepanjang perlaksanaannya bermula 4 Disember 2021 hingga 12 Ogos lalu.

Program yang membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk itu memberi manfaat kepada 184,560 orang melibatkan 117 sesi di negeri Terengganu.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia berkata, PJKM diteruskan lagi di 32 Dewan Undangan Negeri (DUN), melalui penjenamaan semula kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia, JMKM.

Jelasnya, "Kalau kita perhatikan daripada item yang yang kita turunkan harga, ada sehingga 72%, maksudnya bukan sehingga 20%, yang ni ada sebahagian adalah merupakan csr atau inisiatif daripada rakan strategik kita daripada pasar raya, dan kedai runcit."

Dengan pelaksaan program ini, "diharapkan program ini bukan sekadar memberi manfaat kepada pengguna, tapi pada masa yang sama, kita harap pasar raya, dapat sama-sama berperanan untuk membantu pengguna."

Setiap DUN menerima agihan RM25,000 sebulan untuk setiap perlaksanaan JMKM bermula yang telah bermmula 18 Ogos di Terengganu.

(Jualan barang basah sempenan Program Jualan Keluarga Malaysia)

Sehingga kini, 18 DUN telah melaksanakannya dan 14 DUN lagi pada minggu hadapan.

Pengguna dapat menikmati harga diskaun sehingga 20% yang melibatkan lapan barangan seperti ayam, telur ayam, gula dan minyak masak.

Beliau ditemui media selepas mengadakan pemantauan Program JMKM di Kuala Terengganu.

KPDNHEP turut meminta kerjasama pengguna untuk menyalurkan maklumat salah laku atau aduan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

Media Baharu