fb fb fb fb fb

Bayi merdeka akan menerima cenderahati - JPN Terengganu

(Foto hiasan)

TERENGGANU, 21 Ogos- Berita baik buat kanak-kanak berusia 12 tahun yang lahir pada 31 Ogos 2010 di Terengganu dan bayi yang bakal lahir pada 31 Ogos depan di Hospital Sultanah nur Zahirah.

Bersempena dengan tarikh keramat sambutan Hari Kebangsaan, kesemua kanak-kanak dan bayi bertuah itu akan menerima cenderahati serta sijil daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu.

Pengiktirafan itu Bersempena Hari Kebangsaan 2022.

Pengarah JPN negeri, Mohd. Nasir Kareem berkata, cenderahati akan diberi sekiranya mereka menggantikan mykid kepada MyKad di mana-mana cawangan JPN seluruh negeri.

Jelas beliau, "Selepas sambutan 31 Ogos, kita juga akan menyediakan cenderahati kepada kanak-kanak yang mengemukakan permohonan MyKad."

Bagaimanapun tawaran itu hanya terbuka sepanjang September depan.

Terdahulu beliau mengadakan program mendaki Bukit Besar sempena Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Terengganu.

21 kakitangan JPN negeri dan 10 pengamal media menyertai program itu sebagai simbolik semarakkan semangat patriotisme cintakan negara.

(Foto hiasan)

Media Baharu