fb fb fb fb fb

SKM komited teruskan jihad perangi orang tengah, inflasi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited meneruskan jihad dalam usaha memerangi orang tengah dan inflasi bagi mengurangkan harga barangan di pasaran.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata SKM akan mula memasarkan lima barangan keperluan asas di bawah jenama COOP bermula September ini.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Kita telah pun berusaha mengeluarkan lima produk dahulu iaitu yang pertama, minyak 5 kilogram, tepung, gula, beras dan juga ayam beku.

"Harga mana-mana produk yang menggunakan trademark coop sejak 1922 ini, dia mesti lebih murah, minimum sepuluh peratus daripada harga pasaran," kata Noh selepas menjadi tetamu Program Bicara Naratif di Angkasapuri.

Jelasnya, mana-mana peniaga yang menggunakan jenama ini dan gagal mengikuti arahan SKM akan diambil tindakan.

Media Baharu