fb fb fb fb fb

Kembara Merdeka Keluarga Malaysia bergerak ke Perak

PENGKALAN HULU, 8 Ogos- Selepas empat hari berada di Kedah, Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 mula bergerak ke Perak.

Konvoi berkonsepkan 'pass baton' dengan membawa baton Jalur Gemilang itu diserahkan kepada Perak dalam satu majlis ringkas di Memorial Tragedi Kroh/Betong di Pengkalan Hulu.

Baton diserahkan Exco Kedah, Datuk Romani Wan Salin kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu, Safuan Salleh.


(Exco Kedah, Datuk Romani Wan Salin)

"Hasrat kerajaan kita nak supaya kempen jalur gemilang ini dapat supaya timbul perasaan cinta kepada negara menjadi kewajiban, saya menyeru lah kepada generasi muda supaya merdeka ini dapat diterima dengan penuh kehebatan," kata Dato' Romani kepada wartawan di sini.

Turut hadir, delegasi dari selatan Thailand diketuai Datuk Bandar Betong, Sagoon Leklakul.

Media Baharu