fb fb fb fb fb

JBPM kenal pasti 48 KRT, wujudkan pasukan bomba sukarela

KUALA NERUS, 8 Ogos- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 48 Kelab Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara yang akan diwujudkan pasukan bomba sukarela.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata KRT yang dipilih akan dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menangani kecemasan diperingkat awal.

Katanya, setiap bomba sukarela yang ditubuhkan akan turut dibekalkan dengan peralatan asas seperti pam, paip dan pakaian khas.

Bagi penubuhan pasukan bomba sukarela, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


(Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

"Melalui cara ini kita memperkasa dan membudayakan komuniti kerana bomba tidak boleh berada di tempat itu sekelip mata. Tapi kalau penduduk setempat itu sendiri mempuyai kepakaran dan peralatan asas untuk menangani diperingkat awal, kemungkinan dia boleh mencegah ia dari merebak ke satu tahap yang lebih bahaya," kata Mohammad selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 tahun 2021 JBPM Terengganu di sini.

Jelasnya sebanyak 200 KRT sesuai di seluruh negara untuk penubuhan bomba sukarela, namun pihaknya memfokuskan tiga pasukan terlebih dahulu di setiap negeri.

Ia berikutan penubuhannya membabitkan kos dan perbelanjaan.

Media Baharu