fb fb fb fb fb

Karnival Kuala Selangor berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung

KUALA SELANGOR, 8 Ogos- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival Kuala Selangor 2022, malam tadi.

Karnival itu diadakan selama tiga hari di Eco Gandeur, Bandar Puncak Alam.


(Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan
menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival Kuala Selangor 2022, di sini)

Keberangkatan tiba Baginda ke acara Sempena Ulang Tahun pertama Majlis Perbandaran Kuala Selangor, MPKS disambut Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat.

Rahilah menerusi ucapannya berkata, karnival ini diadakan bagi berkongsi kegembiraan dengan warga daerah Kuala Selangor atas kejayaan MPKS mencapai status perbandaran pada 7 Ogos tahun lalu.

Menurut Rahilah, karnival ini berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung yang menyertai aktiviti komuniti, alam sekitar, sukan dan pengisian rohani.

Dalam acara itu, Baginda dan orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air Datuk Jamal Abdillah dan Aina Abdul.

 
 

Media Baharu