TONGOD, 3 Oktober -Dua mangsa yang dilaporkan hilang susulan banjir di Kampung Bangkulat, di sini telah ditemuikan meninggal dunia, awal pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Tongod memaklumkan, mangsa merupakan seorang warga emas dan seorang kanak-kanak.
"Mangsa pertama ditemukan pukul 1.05 pagi manakala mangsa kedua pada pukul 4.00 pagi," menurut sekretariat itu.
Kejadian banjir itu berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang semalam, yang menyebabkan paras air naik mendadak.
Keadaan itu turut menjejaskan 10 buah rumah dan memutuskan akses jalan di Kampung Lalaut.
Tongod telah mengisytiharkan bencana banjir di daerah itu pada 11.00 malam tadi.
Pasukan keselamatan kini meneruskan pemantauan serta menjalankan kerja-kerja bantuan bagi membantu penduduk yang terjejas.