KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Masjid Al-Khadijah, Jalan Pantai Dalam di sini.
Perdana Menteri diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Ketibaan beliau sekitar pukul 1.00 tengah hari disambut pengurusan masjid serta penduduk setempat, sebelum diiringi masuk ke ruang solat utama.
Datuk Seri Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk “Doa dan Solidariti” yang disampaikan Imam, Muhammad Amin Firdaus Sabudin.
Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Bazaria Lembah Pantai sambil beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.