LABUAN, 3 Oktober- Budi MADANI RON95 (BUDI95) terus terima reaksi positif. Rata-rata individu ditemui berpuas hati, selain bersyukur kerana kini mempunyai lebihan wang untuk lain-lain kegunaan harian. Kebanyakkan mereka memuji sistem pelaksanaan BUDI95 yang disifatkan mudah dan cepat.
Menurut Kadir Muslim, inisiatif itu membantu dirinya menguruskan perbelanjaan lain kerana adanya BUDI95, membantunya mengurangkan perbelanjaan untuk petrol.
'Bagi pandangan saya ia memberi kelebihan kepada warga Malaysia yang memerlukan, selain penggunaan secara online lebih mudah dan jimat masa," katanya.
Sementara itu seorang lagi pengguna, Anwar Parakasi pula berpendapat, proses pelaksanaan BUDI95 ini sangat mudah dan canggih.
"Hanya dengan menggunakan kad pengenalan dan buat pembayaran, petrol sudah boleh diisi. Terima kasih kerajaan dengan inisiatif ini kerana benar-benar tidak membebankan rakyat," kata Anwar ketika ditemui.
Seorang lagi orang awam ditemui, Zuhailie Batide berkata, subsidi BUDI95 ini lebih mudah digunakan dengan aplikasi seperti Setel. Beliau juga berharap agar inisiatif ini diperluas kepada pengangkutan air.