fb fb fb fb fb

Penyertaan wanita dalam ekonomi negara perlu terus diperkasa- Rina

DAMANSARA, 8 Ogos- Penyertaan golongan wanita dalam bidang ekonomi negara perlu terus diperkasa, termasuklah mereka yang sudah bergelar usahawan, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun)

Program 'Wanita Bangkit' yang diperkenalkan kementeriannya antara platform bagi merealisasikan hasrat itu.

"Maksudnya, bila kita mahu memulakan sesuatu pasti ada banyak dugaan dan cabaran. tapi dengan semangat yang kental dapat mengharungi bersama dengan adanya sokongan, ilmu ,  sistem sokongan yang baik, mereka pasti akan berjaya.

"Pihaknya di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kita ada geran permulaan sebanyak RM500.00 yang boleh kita bantu untuk mereka, jadi walaupun siapa sahaja yang penting jika ada kehendak insya-Allah akan berjaya," kata Rina kepada media selepas menghadiri Mamasab Grand Awards di sini.

Pada majlis berkenaan, 91 usahawan yang mencapai sasaran jualan melebihi RM1 juta menerima anugerah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 wanita 

 

Media Baharu