fb fb fb fb fb

BILA 2025 raikan pencetus legasi global

Foto RTM

Kuching, 3 Oktober - Borneo Inspires Legacy Awards (BILA) 2025 dilihat bertepatan dalam meraikan individu dan organisasi yang mendorong perubahan melalui acara perniagaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, anugerah yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Anak Sarawak kini melangkah ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan terbuka kepada seluruh dunia, sambil terus mengiktiraf wira legasi dari Sarawak.

"Penganjuran ini membuktikan komitmen negeri ini memimpin dengan visi jelas apabila legasi yang dibina mampu memberi impak merentasi sempadan dan generasi.

"Anugerah ini diharap menjadi pemangkin inovasi dan keterangkuman, serta memperkukuh impak acara perniagaan kepada Sarawak, Malaysia dan dunia", katanya semasa berucap pada majlis berkenaan di sini, hari ini.

Katanya, ia berbeza dengan anugerah tradisional di mana  BILA mengiktiraf tiga peringkat impak iaitu Changemaker, Accelerator, dan Champion.

Trainee