fb fb fb fb fb

iRandau 2025 angkat tradisi Orang Ulu ke persada antarabangsa

Foto RTM

BELAGA, 3 Oktober – Tradisi dan warisan Orang Ulu kini diangkat ke persada antarabangsa melalui Simposium Antarabangsa iRandau 2025 yang berjaya menghimpunkan lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara sejak 1 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata, program ini memberi tumpuan khusus kepada bidang sains sosial, ekonomi serta pembangunan teknologi.

Katanya, iRandau kini bukan sekadar tradisi di rumah panjang, malah menjadi identiti budaya serta tarikan pelancongan global.

“iRandau 2025 membuktikan masyarakat luar bandar berpeluang menceburi bidang keusahawanan digital, penciptaan kandungan serta kepimpinan komuniti", katanya selepas majlis perasmian dan penutupan simposium di sini, hari ini.

Anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi, simposium sejak 2019 ini terus berkembang sebagai platform ilmu dan penyelidikan, selain mengukuhkan hubungan antara akademia, komuniti dan dunia.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar demi masa depan rakyat Sarawak.

Trainee