fb fb fb fb fb

Pintas GSF, tindakan tidak berperikemanusiaan

Foto AFP

KUCHING, 3 Oktober - Tindakan Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF), dianggap tidak berperikemanusiaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sukarelawan dalam misi itu hanya mahu menghantar bantuan kepada Gaza seperti perubatan, makanan dan susu.

Beliau menyifatkan kekejaman zionis juga tidak dapat diterima akal.

"Merekalah yang melakukan pembunuhan ini, anak-anak, wanita, hancur sama sekali, di jalanan Gaza, di Tebing Barat.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Saya tidak dapat bayangkan seorang manusia boleh memiliki sifat seperti itu.

"Sepatutnya, dalam diri setiap manusia itu ada hati nurani, ada rasa kemanusiaan, ada perasaan untuk peduli terhadap sesama manusia," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berharap semua sukarelawan yang ditahan tidak cedera dan selamat.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID