HONG KONG, 27 Oktober – Saham-saham Asia melonjak pada Isnin selepas rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
Kemajuan yang disepakati kedua belah pihak telah sekaligus membuka jalan bagi Presiden Donald Trump dan Xi Jinping memuktamadkan perjanjian penting dalam pertemuan Khamis ini di Korea Selatan bersempena Sidang Kemuncak APEC.
Semalam Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, mengesahkan bahawa tarif tambahan 100 peratus terhadap barangan China telah diketepikan.
Sementara China pula bersetuju menangguhkan kawalan eksport bahan nadir bumi serta membuat pembelian besar kacang soya dari AS.