fb fb fb fb fb

SKM bakal diiktiraf, usaha tingkat kebolehpasaran graduan - Zahid

Foto FB Menteri

PUTRAJAYA, 27 Jun- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bakal diiktiraf setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kertas dasar mengenai cadangan itu akan dibawa ke peringkat jemaah menteri dalam tempoh dua minggu untuk pertimbangan.

"Kertas dasar akan dibawa ke kabinet untuk menentukan bahawa sijil-sijil ini akan turut diiktiraf sebagai sijil yang sama taraf atau lebih tinggi daripada sijil SPM.

Ini akan dapat membantu mereka para graduan masuk ke pasaran samada swasta ataupun kerajaan berdasarkan kepada sijil-sijil yang akan dikeluarkan itu," kata Zahid kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Portal TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) MADANI, petang tadi.


(Foto FB Menteri)

Zahid sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Negara, turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan dasar yang dirancang dalam memastikan sektor TVET terus berkembang.

"Kita tidak lagi berfikir secara silo tetapi melakukan koordinasi sebaik-baiknya dengan 12 kementerian, pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta bagi memastikan tidak ada yang tertinggal dalam merebut peluang pekerjaan ini," tambah Zahid.

Tambah Zahid lagi, pemerkasaan TVET adalah bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan merapatkan jurang pengangguran yang berlaku di negara ini.

 

Media Baharu