fb fb fb fb fb

Malaysia-Laos meterai tiga perjanjian kerjasama

(FOTO BERNAMA)

VIENTIANE, 27 Jun- Tiga perjanjian kerjasama telah dimeterai selepas mesyuarat bilateral antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone hari ini.

Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini akan memberi faedah kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.

Antara memorandum kerjasama yang dimetrai ialah antara Mutiara Perlis Sdn. Bhd. dengan Thanaleng Dry Port dalam kerjasama pelabuhan darat.

"Sebut sahaja tentang Perlis di utara tanah air berhampiran dengan sempadan Thai, Pelabuhan Mutiara Perlis yang penting bagi kami kerana kemudahannya yang besar, " kata Anwar

Kerjasama ini akan memudahkan pergerakan kargo di sempadan melalui susunan pelabuhan ke pelabuhan," tambahnya. 

Pelabuhan Mutiara Perlis berupaya memudah cara 20 juta tan kargo dan berpotensi memberi pulangan kepada Malaysia sebanyak USD48 juta setahun.

Satu lagi pemetraian kerjasama dimeterai antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan National Lao Railway State Enterprise (LNRSE) yang akan memudah cara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke Thailand, Laos dan China tanpa sekatan.

la akan meningkatkan dagangan dua hala Malaysia-Laos melalui rangkaian integrasi kereta api, seterusnya berpotensi menjadikan Laos sebagai laluan utama perdagangan di antara rantau ASEAN, dengan Asia Tengah dan Eropah.

(Datuk Seri Anwar (kiri) dan rakan sejawatannya dari Laos Dr Sonexay Siphandone menyaksikan
majlis menandatangani MoC dan pertukaran MoU antara syarikat Malaysia dan Laos)

Media Baharu