fb fb fb fb fb

Skim simen Rahmah, turun RM120 setiap tan metrik

KUALA LUMPUR, 18 April - Sebanyak 1 juta tan metrik simen pukal ditawarkan oleh Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) di bawah Inisiatif Skim Simen Rahmah.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata harga setiap tan metrik simen yang ditawarkan ialah RM290 berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410 setiap tan.

Katanya, penurunan sebanyak RM120 ringgit setiap tan metrik itu, bersamaan insentif sebanyak 29.3 peratus daripada pembekal simen.

"Nilai 1 juta tan metrik simen akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa ini, nilai harga kampit simen di pasaran berjumlah RM22.50 sen sekampit dan akan diturunkan kepada RM17.50 sekampit.

"Contohnya untuk harga rumah asal bernilai RM300,000 dan pengurangan sebanyak RM5,000 atau 2.38 peratus menjadikan harga jualan baharu sebanyak RM295,000.

"Inisiatif ini sekali gus akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dalam komitmen pembiayaan perumahan," katanya.

Tambah beliau rakyat akan memperolehi manfaat penguran harga rumah maksimum sehingga RM5.000 mengikut jenis dan harga rumah.

Katanya, 20 juta kampit simen Rahmah itu mampu membina 24,000 buah rumah mampu milik sehingga 24,000 unit rumah.

"Dijangka simen Rahmah ini memberi manfaat kepada hampir 100,000 rakyat yang membeli rumah bawah harga RM300,000," katanya.




Media Baharu