fb fb fb fb fb

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 berkuat kuasa 20-26 Oktober

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 17 Ogos- Lapan barangan disenaraikan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang berkuat kuasa 20 hingga 26 Oktober.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof dalam kenyataan memaklumkan barangan tersenarai ialah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato dan cili merah.

Turut tersenarai; kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), bawang merah kecil (India), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Semakan harga boleh dibuat melalui laman web https://www.kpdnhep.gov.my

(Lapan barangan disenaraikan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali
/Foto fail)

Media Baharu