fb fb fb fb fb

Pendaftaran kanabis sebagai ubat dibuka jika ada bukti kukuh, selamat digunakan

(Foto fail)

SERDANG, 17 Oktober- Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) bawah Institut Kesihatan Negara (NIH) sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan palatif tentang penggunaan ubat berasaskan kanabis.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pendaftaran bagi penggunaannya akan dibuka sekiranya terdapat bukti kukuh yang membolehkan bahan itu digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit.

"Ia turut melibatkan pakar dalam perkhidmatan yang memberi rawatan untuk keadaan tertentu seperti epilepsi dan mereka sedang semak data dari negara luar dari segi keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis dalam kondisi (penyakit) tertentu.

"Sekiranya semakan pakar mendapati bahawa ada bukti kukuh kanabis boleh digunakan selamat dan berkesan, maka kita boleh buka untuk pendaftaran bagi indikasi (penggunaan untuk rawatan penyakit tertentu) itu," kata Khairy dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang Selangor.

(Khairy berkata pendaftaran kanabis sebagai ubat dibuka jika ada bukti kukuh, selamat
digunakan)

Media Baharu