fb fb fb fb fb

Tingkat tiga bangunan SM Sains Alam Shah terbakar

Foto FB ASiS

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Satu kebakaran membabitkan tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Jalan Yaacob Latif, Cheras musnah 100 peratus dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azizi Abdullah dalam kenyataan berkata kebakaran mengakibatkan tingkat bangunan berkenaan, berkeluasan kira-kira 300 kali 30 kaki persegi.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada pukul 4.15 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul.

"Operasi memadam kebakaran itu melibatkan seramai 44 anggota bomba bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua buah Water Tanker, satu unit Arial Ladder Platform (ALP) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS).

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.08 pagi dan dipadam sepenuhnya pada pukul 6.18 pagi," katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM