fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan serta-merta

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat negeri dan daerah diarah diaktifkan serta-merta bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani sebarang kemungkinan bencana dan musibah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau menegaskan semua agensi kerajaan perlu bersedia dan proaktif mengendalikan pengurusan bencana dengan cepat terutama penyaluran maklumat kepada rakyat semasa banjir.

"Dari segi mobilisasi sumber manusia, lebih 55,000 anggota pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi dan jabatan serta aset-aset strategik, sedia digerakkan pada bila-bila masa.

“Saya juga ingin menegaskan semua agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk sentiasa bersedia dan proaktif mengendalikan pengurusan bencana dengan cepat, khususnya dalam penyaluran maklumat serta hebahan kepada rakyat semasa banjir,” katanya dalam catatan di laman Facebook.


(Tan Sri Mohd Zuki Ali/Foto fail)

Mohd Zuki berkata dari segi mobilisasi sumber manusia, lebih 55,000 anggotapasukan penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), serta aset-aset strategik termasuk bot bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Lebih 11,000 premis awam di seluruh negara termasuk sekolah, balai raya dan masjid telah didaftarkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa bencana dan juga depoh penyimpanan barang-barang bantuan,” katanya.

Media Baharu