(Khairy berucap pada Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital
Serdang di Pusat Jantung Hospital Serdang/BERNAMA)
SERDANG, 17 Oktober- Pusat Jantung Hospital Serdang yang akan mula beroperasi 12 Disember depan, bakal mempercepat proses bagi rawatan jantung, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Tempoh menunggu juga dipendekkan kepada sembilan bulan berbanding 18 bulan bagi kes elektif yang stabil.
Kes kecemasan pula akan diberi rawatan serta-merta.
Fasiliti tersebut dilengkapi dewan bedah hibrid, yang pertama seumpamanya dalam fasiliti Kementerian Kesihatan.
"Sejajar dengan status sebagai 'Pusat Rujukan Jantung Tertier Kebangsaan', dengan ada penambahan pusat kardiologi ini maka daripada 35,000 kes prosedur jantung setiap tahun Pusat Kardiologi Serdang akan dapat melaksanakan 60,000 prosedur jantung.
"Tahun depan apabila kita melengkapkan dua lagi ICL di pusat jantung ini iaitu dua makmal jantung invasif sebab empat siap dua lagi tiada peralatan jadi dengan dua lagi kita akan tambah kapasiti 15,000 lagi jumlah 75,000 lagi prosedur jantung akan dapat kita laksanakan," kata Khairy pada sidang media selepas Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang di Pusat Jantung Hospital Serdang di sini.
951 perjawatan baharu turut dimohon daripada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi melancarkan pengoperasian pusat jantung berkenaan.
(Bangunan baharu yang disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada
Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang di Hospital Serdang/BERNAMA)