(Tan Sri Annuar (kanan) melawat gudang penyimpanan
tablet Peranti Siswa Keluarga Malaysia/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Agihan PerantiSiwa Keluarga Malaysia, akan dipercepat dan diedarkan secara serentak di seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata jadual agihan itu akan dimuktamadkan minggu ini berdasarkan taburan pemohon.
Menurutnya, setakat ini 23,101 daripada 279,188 permohonan yang diluluskan, telah diagihkan.
"Menyegerakan lagi pengedaran ini, pembahagian penyampaian akan dibuat serentak. Kita akan minta semua pengedar yang berjaya untuk menyiapkan tenaga kerja yang cukup.
"Di zon tengah misalnya, yang jumlahnya besar, kita tengok kemungkinan kita buat edaran secara berpusat supaya pelajar boleh ambil dengan lebih cepat dan lebih mudah lagi," kata Annuar dalam sidang media selepas membuat tinjauan tapak gudang syarikat pembekal di sini.
(Tan Sri Annuar pada sidang media selepas melawat gudang penyimpanan
tablet Peranti Siswa Keluarga Malaysia/BERNAMA)