fb fb fb fb fb

LABUANfm kembali dengan Showcase Plektrum 22

(Plektrum 22, sebuah rancangan radio menemui peminat menerusi Showcase Plektrum
22 bertempat di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan)

LABUAN, 17 Oktober- Setelah menyepi selama dua tahun, LABUANfm kembali dengan wadah khas menampilkan bakat-bakat tempatan.

Plektrum 22, sebuah rancangan radio menemui peminat menerusi Showcase Plektrum 22 bertempat di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Menurut penerbitnya, Mc Allister Michael, Plektrum 22 memberi hiburan baharu berbentuk akustik, langsung di hadapan penonton di samping memberi peluang dan ruang kepada penggiat seni tempatan menunjukkan bakat serta kemahiran muzik sekali gus menggalakkan mereka terus berkarya.

Ia juga sebagai platform bagi warga LABUANfm khususnya penyampai-penyampai turun ke lapangan dan mendekati masyarakat dan memperkenalkan LABUANfm dalam kalangan belia serta mempromosi kemudahan-kemudahan terkini yang disediakan seperti RTMKlik, saluran Youtube dan media sosial lain.

"Penganjuran Showcase Siuknya Plektrum 22 ini kita anjurkan lebih dekat dengan pendengar di lokasi bersama-sama artis jemputan dan juga artis tempatan. Kami akan selalu dekat dengan pendengar, mempromosikan pelbagai di platform media sosial seperti RTMKlik, Youtube, Facebook dan macam-macam lagi, untuk lebih dekat dengan pendengar," kata Mc Allister Michael.

Tambahnya, ia juga sebagai salah satu langkah promosi untuk meningkatkan jumlah pendengar rancangan Plektrum yang bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 10.00 pagi di LABUANfm, selain aplikasi RTMKlik dan laman web labuanfm.rtm.gov.my.

(LABUANfm kembali dengan Showcase Plektrum 22)

Media Baharu