fb fb fb fb fb

Skim gaji penjawat awam disaran dinaikkan berperingkat

(Anwar dalam Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan)

PUTRAJAYA, 13 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam masa terdekat bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan elaun dan upah dicadang dilaksana secara berperingkat berdasarkan keupayaan kewangan negara.

Beliau sedia maklum, kadar upah dan elaun penjawat awam ketika ini masih terlalu rendah dan belum ada jawatankuasa khusus dipengerusikan pemimpin tertinggi negara untuk mengkajinya.

"Saya akan pengerusikan mesyuarat pertama dengan KSN, KPP, beberapa menteri dan pegawai untuk meneliti keseluruhan skim perkhidmatan dan persaraan penjawatan awam, dan melihat keupayaan kewangan kita bagaimana kita boleh baiki dan tingkatkan. Saya cadang peningkatan itu berperingkat.

"Kita naik berperingkat melihat kepada keupayaan ekonomi," kata Anwar dalam Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di sini.

(Anwar berkata kenaikan elaun dan upah dicadang dilaksana secara berperingkat berdasarkan
keupayaan kewangan negara)

Media Baharu