fb fb fb fb fb

Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita di Labuan

LABUAN, 13 Julai- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) giat meneruskan pelaksaan Program Subsidi Ujian Mamogram dan program Saringan Kanser Serviks HPV DNA buat warga Labuan menerusi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita atau Wcare.

Menurut, Ketua Jururawat Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kota Kinabalu, SR Rohana Jahidi, subsidi disediakan buat wanita warganegara Malaysia, golongan B40 dan M40 berumur 40 hingga 70 tahun mendapatkan pemeriksaan mamogram percuma.

Selain itu, pemeriksaan kanser serviks percuma disediakan bagi mereka yang berusia 30 hingga 65 tahun.

Tambahnya, tahun lepas, sasaran 3,000 saringan kesihatan reproduktif diperuntukkan buat negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dan ada yang didapati menghidap kanser.

"Memang kita ada dapatilah, ada beberapa orang menghidap kanser payudara, dan telah dirujuk ke hospital.

"Kanser serviks pun ada, risiko tinggi kita akan terus rujuk ke hospital Likas, yang risiko rendah kita akan susuli dengan ujian pap smear setiap tahun," kata Rohana kepada media di sini.

Klinik Bergerak LPPKN dilengkapi kemudahan klinikal dan bilik rawatan yang kondusif.

(Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita di Labuan)


Media Baharu