fb fb fb fb fb

PRK Parlimen Kuala Terengganu: Mesyuarat Khas SPR 18 Julai

PUTRAJAYA, 13 Julai- Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 18 Julai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi satu kenyataan mengesahkan telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya berkenaan keputusan mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi kerusi Kuala Terengganu pada 19 November 2022.

Mesyuarat Khas itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh, akan membincangkan
tarikh-tarikh penting seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.

(PRK Parlimen Kuala Terengganu: Mesyuarat Khas SPR 18 Julai)

Media Baharu