fb fb fb fb fb

GLOCOM 2023 perkukuh hubungan ahli akademik, pengamal media

(Fahmi berkata menerusi GLOCOM 2023, IPPTAR dan UPSI memperkukuh hubungan
dua hala ahli akademik dengan pengamal media)

BANGI, 13 Julai- Hubungan strategik dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan mampu mengukuhkan peranan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) sebagai pusat kecemerlangan akademik sektor komunikasi perkhidmatan awam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata menerusi Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Budaya dan Media Kontemporari (GLOCOM) 2023, IPPTAR dan Universiti Sultan Idris (UPSI) memperkukuh hubungan dua hala ahli akademik dengan pengamal media.

"Ini adalah usaha untuk memberi satu gambaran tentang perubahan dalam dunia komunikasi dan aspek-aspek media yang terbaharu, terutama kepada mahasiswa dan ahli akademik.

"Saya sangat mengalu-alukan," kata Fahmi dalam sidang media GLOCOM 2023 di sini.

Jelasnya, 60 kertas kerja berkaitan komunikasi dan media akan dibentangkan sepanjang persidangan berlangsung.

Pihaknya juga akan merangka program seumpamanya bagi menarik lebih banyak penyertaan mahasiswa dan pengamal media untuk berkolaborasi bersama, selaras matlamat Malaysia MADANI yang mengangkat pembaharuan menerusi kerjasama akademik dalam industri komunikasi.

Beliau berharap program berkenaan dapat dilaksanakan lebih kerap pada masa akan datang.

(GLOCOM 2023 perkukuh hubungan ahli akademik, pengamal media)

Media Baharu