fb fb fb fb fb

Skim Baja Perintis pertingkat kapasiti pengeluaran beras

(Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif itu akan memperuntukkan baja tambahan
kepada petani selain skim baja sedia ada)

SEREMBAN, 21 Julai- Skim Baja Perintis diperkenalkan menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai skim subsidi baja tambahan kepada petani bagi mempertingkat kapasiti pengeluaran beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif itu akan memperuntukkan baja tambahan kepada petani selain skim baja sedia ada.

Beliau yakin NAFAS komited melaksanakan inisiatif itu dan memainkan peranan dalam membekalkan baja berkualiti pada masa akan datang.

"Kerajaan akan terus membantu dan NAFAS tahun ini akan lebih cergas membekalkan baja. Kelewatan sifar, bekalan akan diberi ikut musim," kata Mohamad ketika ditemui media dalam Program Santai Peladang bersama Pemimpin Peladang dari Zon Tengah di sini.

Dalam majlis itu, NAFAS turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang merupakan pelabur tertinggi Zon Tengah bagi Skim Pelaburan Khas Peladang-Dana Peladang Kebangsaan (DPK) hingga Jun tahun ini.

(Mohamad ketika ditemui media dalam Program Santai Peladang bersama Pemimpin Peladang
dari Zon Tengah)

Media Baharu