fb fb fb fb fb

Kapal karam Sebuyau, pasukan SAR pertimbang tindakan pengapungan

SEBUYAU, 21 Julai- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan melancarkan operasi pengapungan sebagai langkah terakhir mengesan kru kapal kargo karam yang masih hilang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata ia memandangkan tiada sebarang penemuan signifikan setakat ini.

Pihaknya masih mencari badan swasta yang mempunyai kemampuan dan kepakaran bagi menjalankan operasi sedemikian.

Ia merupakan operasi pertama seumpamanya di Sarawak melibatkan kapal sepanjang 56 meter.

"Proses mengambil masa antara empat ke lima hari kerana perlu dapatkan kapal, kren dan penyelam yang mahir sebagai persediaan pengapungan, ia proses dan kerja yang berisiko," katanya.

(Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus)

Beliau menyatakan perkara itu kepada media di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Sebuyau, Sarawak.

Lapan mangsa yang masih hilang ialah tiga warga tempatan, empat warga Myanmar dan seorang warga Indonesia.

Operasi hari kedua melibatkan 90 anggota dari lima agensi dengan pencarian meliputi kawasan seluas 373 batu nautika persegi.

Media Baharu