fb fb fb fb fb

Kes seludup manusia, 56 warga Indonesia ditahan - Polis Perak

(Foto BERNAMA)

IPOH, 21 Julai- Polis Perak menahan 56 warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam dua kes penyeludupan manusia di Pangkor dan Segari.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata turut ditahan tiga lelaki tempatan.

"10 suspek terlibat bagi kes di Pangkor manakala dua suspek bagi kes di Segari.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

"Kesemua suspek bagi kedua-dua kes akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, 25 Julai ini," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu