fb fb fb fb fb

Dialog Perundangan 3R kaji kerelevanan undang-undang sedia ada

PUTRAJAYA, 21 Julai- Kerajaan Perpaduan mengambil maklum peningkatan jumlah kes provokasi agama, bangsa dan institusi diraja (3R)

Ke arah itu satu sesi libat urus berhubung perkara berkenaan diadakan melibatkan lebih 50 wakil kerajaan dan swasta.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri AzalinaOthman menerusi kenyataan memaklumkan Dialog Perundangan 3R diadakan bagi mengkaji semula kerelevanan undang-undang sedia ada.

Tiga persoalan utama yang dikemukakan ialah pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu, pindaan perundangan bagi memastikan isu provokasi 3R dapat ditangani secara holistik dan mengenal pasti usaha menangani isu berkenaan melalui pendekatan lain.

"Sesi berkenaan turut mengenal pasti cabaran yang dihadapi agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia termasuk penyebaran maklumat yang pantas melalui penggunaan teknologi canggih, akaun dalam talian palsu/digodam, kerahsiaan nama yang tidak dapat dikesan serta teknologi kecerdasan buatan yang menyukarkan proses siasatan dan pendakwaan.

Hasil perbincangan kumpulan fokus dan Dialog Perundangan 3R akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri," menurut kenyataan itu.

(Datuk Seri Azalina berkata Dialog Perundangan 3R kaji kerelevanan undang-undang sedia
ada/Foto fail)

Media Baharu