fb fb fb fb fb

Sektor EV tingkat kerjasama pelabur asing

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Segala inisiatif kerajaan dalam sektor kenderaan elektrik (EV) telah menyumbang kepada peningkatan kerjasama dan minat pelabur asing ke Malaysia.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, ia meliputi penerokaan dan pewujudan industri EV dalam negara.

"Ini bertepatan dengan perancangan kerajaan sejak tahun 2020 menerusi Dasar Automotif Malaysia 2020. Salah satu fokus bagi 10 tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2030 ialah untuk kenderaan tenaga kuasa mesra alam. Perkembangan terkini, sudah banyak pihak membuka peluang seperti yang kita dapat lihat hab di Tanjung Malim, Geely dan termasuk juga pembukaan cawangan Tesla," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, industri EV di Malaysia mampu membuka peluang pekerjaan kepada golongan B40 dan M40 sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat tempatan.

Kenderaan EV mampu milik juga bakal direalisasikan sekiranya lebih banyak pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai hab bagi pasaran EV.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu