fb fb fb fb fb

Kesesuaian penggunaan tandas seramik dinilai semula

IPOH, 21 Julai- Perbincangan lebih terperinci akan dilakukan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kesesuaian penggunaan tangki pam tandas seramik di sekolah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata ini berikutan perkara tersebut melibatkan aspek teknikal.

Jelas beliau, keutamaan perlu sentiasa diberikan kepada keselamatan murid ketika berada di sekolah.

"Kena disusun, dinilai, dipantau oleh jabatan teknikal berdasarkan kepada kesesuaian tandas tersebut.

"Kalau rasa tandas itu tidak sesuai untuk guna seramik kita boleh cadangkan guna plastik dan sebagainya tetapi bergantung kepada penilaian jabatan teknikal.

"Mereka lebih arif berkaitan kesesuaian penggunaan tandas seramik atau plastik," katanya di sini hari ini.

(Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah)

Beliau mengulas mengenai kewajaran penggunaan tangki pam tandas seramik di sekolah susulan insiden murid tahun tiga ditimpa pam jenis itu Selasa lalu.

Terdahulu, Khairudin mengadakan Ziarah Cakna ke rumah pemenang pingat emas acara lontar peluru Special Olimpik Division 1, Berlin Jerman 2023 Nur Asliza Mohd Sapri di Ipoh.

Media Baharu