(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 22 Julai- Barisan Nasional (BN) akan bertanding 108 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), 12 Ogos ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan parti itu menampilkan sebanyak 63 peratus calon muka baharu, dengan hanya 18 peratus dalam kalangan penyandang.
"20 peratus lagi terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, tetapi mahu menawarkan diri mereka semula. Ia sebagai bukti kesinambungan muka baharu dan lama, kita juga tidak lupakan calon wanita, di mana cukup ramai calon dalam kalangan itu. Begitu juga pemuda dan bekas pemuda dan puteri," katanya dalam ucapan Majlis Pengumuman Calon BN PRU DUN ke-15 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid berkata BN turut menampilkan sebanyak 87 peratus calon yang memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi.
Pengumuman itu menyaksikan BN menampilkan calon daripada UMNO berikutan parti komponennya MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya itu.
(Foto Bernama)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU DUN ke-15 di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
PRU DUN ke-15 membabitkan 36 DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).
Senarai nama calon BN:
Selangor (12 DUN)
N01 Sungai Air Tawar - Datuk Rizam Ismail
N03 Sungai Panjang - Datuk Mohd Imran Tamrin
N07 Batang Kali - Datuk Mohd Isa Abu Kasim
N08 Sungai Burong - Mohamad Khir Ramli
N12 Jeram - Datuk Jahaya Ibrahim
N13 Kuang - Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican
N17 Gombak Setia - Datuk Megat Zulkarnain Omardin
N23 Dusun Tua - Datuk Johan Abd Aziz
N24 Semenyih - Wan Zulaika Anua
N44 Selat Klang - Datuk Roslee Abd Hamid
N51 Sijangkang - Mohd Al-Hafizi Abu Bakar
N55 Dengkil - Noorazli Said
Negeri Sembilan (17 DUN)
N02 Pertang- Datuk Seri Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali
N05 Serting - Muhamad Zamri Omar
N06 Palong - Mustapha Nagoor
N07 Jeram Padang - Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir
N09 Lenggeng - Mohd Asna Amin
N15 Juasseh - Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid
N16 Seri Menanti - Muhammad Sufian Maradzi
N17 Senaling - Datuk Ismail Lasim
N19 Johol - Saiful Yazan Sulaiman
N26 Chembong - Datuk Zaifulbahri Idris
N27 Rantau - Datuk Seri Mohamad Hasan
N28 Kota - Suhaimi Aini
N31 Bagan Pinang - Mohd Najib Mohd Isa
N32 Linggi - Datuk Mohd Faizal Ramli
N34 Gemas - Datuk Abd Razak Ab Said
N35 Gemencheh - Suhaimizan Bidar
Pulau Pinang (Enam DUN)
N01 Penaga - Mohd Naim Salleh
N02 Bertam - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
N04 Permatang Berangan - Norhafizah Othman
N05 Sungai Dua - Datuk Dr Shaik Hussein Mydin
N21 Sungai Acheh - Rashidi Zinol
N40 Telok Bahang - Ahmad Zaki Shah Shah Headan
Kedah (15 DUN)
N01 Ayer Hangat - Hisham Suhaily Othman
N04 Ayer Hitam - Hayazi Azizan
N05 Bukit Kayu Hitam - Zainol Abidin Mohamad
N08 Pedu - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N09 Bukit Lada - Datuk Said Ali Syed Rastan
N15 Anak Bukit - Datin Nor Hasita Md Isa
N19 Sungai Tiang - Mohamad Fadzil Zolkipli
N21 Guar Chempedak - Abdul Paris Abdul Hamid
N24 Jeneri - Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim
N26 Tanjong Dawai - (Ditangguhkan)
N27 Pantai Merdeka - Wan Mohalina Wan Mohamad
N30 Bayu - Datuk Ishak Mat
N32 Kuala Ketil - Suriati Che Mid
N33 Merbau Pulas - Datuk Asmadi Abu Talib
N36 Bandar Baharu - Nuraini Yusoff
Terengganu (27 DUN)
N01 Kuala Besut - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
N02 Kota Putera - Datuk Mohammad Pehimi Yusof
N03 Jertih - Mohd Rozaini Rasli
N04 Hulu Besut - Datuk Nawi Mohamad
N05 Jabi - Rosdi Zakaria
N06 Permaisuri - Hamdan Hamzah
N07 Langkap - Datuk Sabri Mohd Noor
N08 Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman
N09 Tepuh - Muhammad Hanafi Hasan
N10 Buluh Gading - Omar Adam
N11 Seberang Takir - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
N12 Bukit Tunggal - Wan Noorislam Wan Hashim
N14 Bandar - Armi Irzan Mohd
N15 Ladang - Datuk Mohd Sabri Alwi
N17 Alur Limbat - Yuseri Isa
N18 Bukit Payong - Mohd Khim @ Mohd Khan Abd Rahman
N20 Pengkalan Berangan - Datuk Nik Dir Nik Wan Ku
N21 Telemung - Datuk Rozi Mamat
N23 Kuala Berang - Jalaludin Ismail
N24 Ajil - Datuk Seri Jailani Johari
N25 Bukit Besi - Datuk Dr Din Adam
N26 Rantau Abang - Mohd Asri Mohamad
N28 Paka - Ahmad Abdullah Abd Wahab
N29 Kemasik - Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof
N30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said
N31 Chukai - Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin
N32 Air Putih - Dr Mohd Zaki Salleh
Kelantan (31 DUN)
N01 Pengkalan Kubor - Zulkifli Abdullah
N02 Kelaboran - Mohd Rosdi Razali
N04 Wakaf Bharu - Abdul Mannan Md Said
N05 Kijang - Haris Hussin
N06 Chempaka - Nik Normi Nik Ayub
N10 Bunut Payong - Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin
N11 Tendong - Noor Hariri Mohamed Noor
N13 Meranti - Zahri Omar
N15 Gual Periok - Anuar Mohamad
N16 Apam Putra - Datuk Akbar Salim
N17 Salor - Mohamad Husain
N21 Pantai Irama - Zakiah Md Noor
N22 Jelawat - Datuk Yusri Che Noh
N23 Melor - Azmi Ishak
N25 Kok Lanas - Ahmad Deraman
N27 Gual Ipoh - Zuhairi Zakaria
N28 Kemahang - Mazli Mustafa
N29 Selising - Datuk Hashim Ismail
N31 Semerak - Marshella Ali
N32 Gaal - Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin
N33 Pulai Chondong - Muhammad Fakhran Che Jusoh @ Yusoff
N35 Kemuning - Mohd Fakaaruddin Ismail
N36 Bukit Bunga - Datuk Mohd Adhan Kechik
N37 Air Lanas - Nasrul Hadi Kamaruzaman
N38 Kuala Balah - Mohd Yamiin Anuar Mat Zain
N40 Guchil - Dr Zuber Hasan
N41 Manek Urai - Datin Suzaini Adlina Sukri
N42 Dabong - Ahmad Firdaus Muhammad
N43 Nenggiri - Ab Aziz Yussof
N44 Paloh - Amran Arifin
N45 Galas - Mohd Syahbuddin Hashim