fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Mahdzir Khalid calon BN DUN Pedu

(Foto Mahdzir Khalid)

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid diumumkan sebagai calon BN mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), 12 Ogos ini.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu menyertai keseluruhan 15 calon yang ditampilkan BN pada PRU DUN ke-15 di Kedah.

Mahdzir berkata gerak kerja telah dibentuk di semua peringkat pada pilihan raya berkenaan.

"Kami di Kedah telah bersedia dan gerak kerja telah dibentuk antara parti BN dan Pakatan Harapan (PH). Kami akan bekerja bersama-sama untuk PRU DUN ke-15," katanya selepas selesai Majlis Pengumuman Calon BN PRU DUN ke-15 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam tadi.


(Foto Mahdzir Khalid)

Media Baharu