fb fb fb fb fb

Kempen PRU DUN ke-15, masyarakat dinasihat tidak maki hamun

(Foto BERNAMA)

SELANGOR, 22 Julai- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati masyarakat agar tidak terpengaruh dengan kempen mencerca dan memaki hamun sepanjang kempen Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) kali ini.

Anwar berkata perbuatan itu ke arah kempen yang tidak beradab dan beliau sendiri menjadi bahan cercaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perdana menteri itu menyifatkan memaki hamun beliau atau pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi kesan terhadap usaha membantu rakyat dan memajukan negara sebaliknya perlakuan negatif itu akan dinilai.

Seterusnya dihukum rakyat dalam PRU DUN ke-15 di enam negeri pada 12 Ogos ini.

"Nampak macam dalam pilihan raya ini tidak ada batas akhlak dan nilai, ada sahaja yang orang yang maki. Sebab itu saya kata kita kena lari daripada nilai dan akhlak seperti itu bila disebut Madani. Madani tidak lari daripada prinsip nilai dan akhlak, kalau boleh cakap soal ekonomi dan kemampanan, tetapi jika tidak ada ehsan, tidak ada nilai dan akhlak, tidak jadi ekonomi itu,"katanya ketika berucap pada majlis 'Kita Hulu Klang Bersama PMX' di padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat, di sini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi komitmen dan tekad membebaskan negara daripada belenggu rasuah dengan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu