fb fb fb fb fb

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah

(Datuk Seri Salahuddin Ayub/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Salahuddin telah dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam semalam.

"Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.

"Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa," katanya. -BERNAMA


(Semalam Datuk Seri Salahuddin telah turun padang merasmikan Program Jelajah Jualan
RAHMAH Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 di Tapak Konvo UUM Sintok)

Media Baharu