BUKIT KATIL, 27 November -Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Bukit Katil menjadi Sekolah Angkat MADANI (SAM) pertama di Melaka bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, sekolah berkenaan dipilih selepas menjadi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Katanya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk dua projek iaitu Projek Pembinaan Rumah Hijau dan Akuaponik serta Projek Pendigitalan Pusat Sumber Sekolah.
"Dan kita harapkan program seperti ini akan dapat meningkatkan amalan penjagaan dan budaya alam sekitar dalam kalangan seluruh warga sekolah, murid sekolah dan kita harap akan merebak ke komuniti setempat melalui ibu bapa dan masyarakat orang ramai," katanya
kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sekolah Angkat Madani serta Peluncuran Buku Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata, hingga 25 November 2025 sebanyak 1,598 sekolah telah mendaftar untuk program SLAAS.