KUALA LUMPUR, 27 November - Ribut tropika yang dikesan beberapa hari lalu kini dilaporkan semakin lemah, namun sisa ribut berkenaan masih berupaya membawa hujan lebat di beberapa kawasan di negara ini.
Ketua Pengarah Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, pihaknya sedang memantau rapi perkembangan sistem tersebut meskipun ia sudah tidak lagi berada pada tahap ancaman ribut tropika.
"Menurut jangkaan awal model metreologi, keadaan hujan dijangka bermula malam ini, terutamanya melibatkan kawasan di Pantai Timur dan sebahagian Semenanjung.
"Ribut tropika ni dah makin melemah. Bagaimanapun saki baki yang ada masih beruoaya membawa hujan lebat di negara kita. Berdasarkan jangkaan model Met, hujan dijangka bermula pada malam nanti," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama orang ramai dinasihatkan supaya peka terhadap makluman cuaca dari semasa ke semasa, khususnya bagi penduduk di kawasan berisiko banjir.
"Kami mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengikuti amaran dan kenyataan rasmi MET Malaysia melalui media sosial dan laman web kami, terutamanya menjelang hujan lebat yang dijangka bermula malam ini," tambah kenyataan itu.