fb fb fb fb fb

Skim baharu akan diwujudkan santuni veteran ATM

(Adly dalam sidang media Program Peduli Veteran (PPV) Negeri Sembilan di Tampin)

GEMAS, 14 Julai- Kementerian Pertahanan komited turun padang menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendapatkan respons mereka dalam usaha memperkasakan mutu
perkhidmatan kepada golongan berkenaan.

Timbalan Menteri, Adly Zahari berkata selain inisiatif bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan dan perumahan sedia ada, pihaknya melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) juga berusaha mengenal pasti peluang yang boleh memanfaatkan veteran.

"Jadi memang kalau di veteran ni kita punyai data-data berkaitan dan saya fikir kita boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada veteran angkatan tentera.

"Dalam masa yang sama kita boleh mewujudkan skim-skim baharu kepada sistem sedia ada," kata Adly dalam sidang media Program Peduli Veteran (PPV) Negeri Sembilan di Tampin.

Dalam program itu, seramai lapan veteran ATM disantuni terdiri daripada yang uzur, asnaf dan usahawan veteran yang memerlukan bantuan.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Sophian Isswandy Ismail.

(Adly berkata skim baharu akan diwujudkan santuni veteran ATM)

Media Baharu