SEPANG, 24 Jun- Pemilik kenderaan barangan digesa segera mendaftarkan kenderaan masing-masing di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan telah memberikan mereka ruang mencukupi untuk menikmati subsidi diesel.
"Kalau mereka yang tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri dari SKDS 2.0, mereka harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi, kalau tidak salahkan kerajaan pula.
"Jadi ini tanggungjawab mereka juga untuk mereka tampil ke depan untuk mendaftarkan dalam sistem SKDS, dimana harga diesel masih tidak berubah untuk mereka yang memegang fleet card", katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Batik Air dan Kia untuk menawarkan perkhidmatan pemindahan terminal persendirian, di sini.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendedahkan, 180,000 kenderaan barangan masih belum memohon mendapatkan Kad Fleet.